fb fb fb fb fb

Polis Johor terus pantau kegiatan kongsi gelap

(Kamarul Zaman Mamat)

KULAI, 8 Februari- Kegiatan kumpulan kongsi gelap di Johor terus dibanteras dan dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kesejahteraan awam terjamin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, langkah itu termasuk memastikan kumpulan terbabit tidak berselindung disebalik aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar.

Beliau mengakui terdapat kumpulan kongsi gelap yang aktif di Johor, namun pihaknya akan sentiasa mengawal kegiatan mereka agar tidak menimbulkan sebarang kacau bilau dan memecahkan keharmonian rakyat.

"Kita telah kenal pasti serta dalam radar polis mengenai mereka (kongsi gelap) yang terlibat.

"Saya akan pastikan bahawa pihak kami mengawal kegiatan mereka sehingga tidak ada perkara-perkara tidak elok daripada berlaku terutama menjelang pilihan raya negeri dan pilihan raya umum.

"Tiada perkara yang boleh memecahbelahkan keamanan, " katanya selepas Majlis Perasmian Balai Polis Kelapa Sawit di sini.

Pada Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Abd Jalil Hassan mendedahkan sebanyak 72 kumpulan kongsi gelap dikesan wujud dan diwartakan sebagai pertubuhan haram di negara ini dengan melibatkan 9,042 ahli.

Kesemua kumpulan itu menyalahi undang-undang (pertubuhan haram) mengikut Sub Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 oleh Menteri Dalam Negeri.

(Foto fail)

Media Baharu