fb fb fb fb fb

Polis Johor rampas dadah bernilai RM362,000, 13 individu termasuk suami isteri ditahan

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 10 Januari- Dadah bernilai RM362,000 dirampas Polis Johor menerusi empat serbuan berasingan di Kulai dan Iskandar Puteri, pada enam petang 7 Januari hingga dua pagi tadi.

13 individu termasuk sepasang suami isteri dipercayai dalang sindiket ditahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, beberapa siri tangkapan lagi djangka dibuat hasil siasatan.

Dadah dirampas, 74.85 kilogram ganja, 1,643 biji pil ecstacy, 9.29 kilogram heroin dan tujuh paket ketamin.

“Modus operandi mereka ialah menjadikan rumah dan kereta sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diedarkan kepada pengguna tempatan.

“Hasil siasatan kita mendapati, mungkin dadah ini juga diedar ke luar negara, ke negara jiran berhampiran, namun ini masih dalam siasatan.” Katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru.

Enam daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Polis menyita tujuh kereta, tiga motosikal serta barang kemas dengan nilai keseluruhan sitaan RM319, 950.

Semua suspek berusia 25 hingga 55 tahun itu direman tujuh hari bermula 8 hingga 14 Januari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat bersama dadah rampasan/FOTO RTM)

Media Baharu