fb fb fb fb fb

Polemik agama perlu diselesaikan segera - Agong

(Foto Jabatan Penerangan Malaysia)

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran berkenaan polemik berlarutan melibatkan isu penggunaan kalimah Allah.

Titah baginda, perkara itu bukan sekadar perdebatan berhubung terminologi dan linguistik, sebaliknya turut berkait soal akidah Islam yang boleh mengundang kekeliruan dan musibah.

"Kerajaan beta hendaklah mengharmonikan situasi semasa dan pada masa sama meletakkan penggunaan kalimah Allah pada konteks yang betul dengan mengambil kira keselamatan negara, kemaslahatan ummah dan kedudukan beta serta Raja-Raja Melayu yang lain sebagai ketua agama Islam.

"Demi perpaduan dan masa hadapan negara, sebarang polemik agama hendaklah diselesaikan segera. Semangat perpaduan perlu disemai serta dibentuk di rumah dan selanjutnya dibaja dan disiram dengan pendidikan serta nilai-nilai murni hidup bermasyarakat di bangku sekolah dan seterusnya diperkasa di Institusi Pengajian Tinggi," titah baginda di sini.


(Foto Jabatan Penerangan Malaysia)

Media Baharu