fb fb fb fb fb

Polemik agama, kaum berkurangan sejak gagasan Keluarga Malaysia diperkenal

JEMPOL, 9 Oktober- Polemik berkaitan agama dan kaum semakin berkurangan setelah gagasan Keluarga Malaysia diperkenal sejak lebih setahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah antara langkah dalam meredakan suasana politik sekaligus menjadikan negara lebih stabil.

Situasi itu turut mendorong kestabilan ekonomi yang dilihat semakin berkembang.

"Kesan daripada gagasan Keluarga Malaysia saya lihat sehingga hari ini, setahun lebih setelah gagasan ini diperkenalkan, kita sudah kurang mendengar polemik tentang agama, tentang kaum dan sebagainya.

Rakyat boleh menumpukan perhatian kepada meningkatkan ekonomi mereka, negara boleh tumpukan kepada memulihkan dan membangunkan ekonomi," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Keluarga Malaysia di Bahau.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Kestabilan ekonomi susulan impak gagasan Keluarga Malaysia mendorong kepada peruntukan bajet 2023 yang terbesar dalam sejarah iaitu RM372.3 bilion.

Media Baharu