PM ziarah kediaman Datuk Seri Nancy Shukri

Foto RTM

KUCHING, 21 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menziarahi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bagi menyampaikan ucapan takziah atas pemergian suami beliau, Allahyarham Datuk Kamil Misuari.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiba pada 5.45 petang, diiringi Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Mustapha Sakmud
  • Memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada menteri dan keluarga dalam menghadapi saat sukar
  • Allahyarham Datuk Kamil meninggal dunia pada Khamis lalu
  • Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada Jumaat

Beliau yang tiba pada 5.45 petang diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Dalam kunjungan tersebut, Datuk Seri Anwar turut memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Datuk Seri Nancy dan keluarga dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

Allahyarham Datuk Kamil meninggal dunia pada Khamis lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada Jumaat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.