PM ziarah Datuk Seri Fadillah, Datuk Seri Ismail Sabri di IJN

Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, meluangkan masa menziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keadaan kesihatan Datuk Seri Fadillah menunjukkan perkembangan positif, namun masih memerlukan rehat secukupnya atas nasihat pasukan perubatan.
  • Datuk Seri Ismail Sabri masih memerlukan pemantauan lanjut semasa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.
  • Perdana Menteri menyatakan perkembangan itu melalui hantaran di Facebook.
  • Anwar dan Azizah mendoakan kesembuhan segera, kelancaran rawatan serta kekuatan untuk terus berkhidmat kepada rakyat, insya-Allah.

Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, keadaan kesihatan Datuk Seri Fadillah menunjukkan perkembangan positif, namun masih memerlukan rehat secukupnya atas nasihat pasukan perubatan.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan beliau semakin baik, namun masih memerlukan rehat yang secukupnya atas nasihat pasukan perubatan,” katanya.

Pada kesempatan sama, pasangan itu turut menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut menerima rawatan di IJN.

“Atas dasar persahabatan, kami turut menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga sedang menerima rawatan di IJN dan masih memerlukan pemantauan lanjut.

“Saya dan Azizah mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudah segala urusan rawatan serta terus dikurniakan keafiatan dan kekuatan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara, insya-Allah,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.