PM ziarah bekas PM Afghanistan terima rawatan di Malaysia

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi sahabat lamanya yang juga bekas Perdana Menteri Afghanistan, Gulbuddin Hekmatyar yang kini sedang menerima rawatan kesihatan di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar Ibrahim menziarahi sahabat lamanya, bekas Perdana Menteri Afghanistan Gulbuddin Hekmatyar, yang sedang menerima rawatan di Malaysia.
  • Anwar mendoakan agar Hekmatyar dikurniakan kesembuhan dan keafiatan berterusan.
  • Anwar berharap urusan perubatan Hekmatyar dipermudahkan, menurut hantaran di Facebook.

Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar Hekmatyar dikurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berterusan.

“Mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan keafiatan berterusan, selain dipermudahkan segala urusan perubatan. Insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook.