fb fb fb fb fb

PM ziarah Abdul Hadi di IJN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarahi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Selayang.

Bagaimanapun atas nasihat doktor, Perdana Menteri tidak dapat bertemu Tan Sri Abdul Hadi kerana sedang mengikuti prosedur dialisis.

Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar Tan Sri Abdul Hadi diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa.

"Saya datang untuk ziarah ustaz Hadi Awang yang dalam rawatan, tetapi beliau baru mengikuti prosedur dan sedang dialisis, saya tidak sempat berjumpa. Kemudian saya jumpa sahabat saya Ziauddin Saddar.

"Kita doakan mudah-mudahan mereka sihat, syafakallah dan beransur pulih dan menjalankan tugas seperti biasa", katanya kepada media selepas menziarahi mereka di IJN di sini.

Pada kunjungan sama, Datuk Seri Anwar sempat mengunjungi sahabatnya, cendekiawan dunia Islam, Ziauddin Sardar atau Zia dari Britain yang turut menjalani rawatan di IJN.

Tan Sri Abdul Hadi menerima rawatan di IJN sejak 1 Januari.

ROSLINA BINTI DIN