fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman

KUALA LUMPUR, 28 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman Al Saud,atas pelantikan baginda sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

Pelantikan baginda diumumkan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Selasa.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi. 

"Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di bawah pimpinan YAM khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi,” kata Perdana Menteri menerusi Twitter hari ini. 

Putera Mohammed bin Salman, berusia 37 tahun, menjadi Putera Mahkota Arab Saudi sejak tahun 2017.


(Putera Mohammed bin Salman)

Media Baharu