fb fb fb fb fb

PM terus rundingan pulih hubungan Thailand-Kemboja

Malaysia cadang proses damai dan genjatan senjata / Foto BERNAMA

PUTRAJAYA 26 Julai- Malaysia akan terus berhubung dengan kerajaan Thailand dan Kemboja dalam usaha mencadangkan proses persetujuan damai kedua dua negara terbabit.

Pada masa sama.. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet turut menyatakan penghargaan ke atas kesediaan Malaysia mencadangkan proses damai dan genjatan senjata terhadap dalam konflik tersebut.

"Jadi, saya terus minta Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan hubungi Kementerian Luar dan kalau boleh saya akan terus hubungi mereka sekurang-kurangnya hentikan dulu pertempuran di sempadan,” kata beliau selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 Tahun 2025 di Putrajaya.

Khamis lalu, Datuk Seri Anwar telah menghubungi kedua-dua pemimpin utama Thailand dan Kemboja bagi menyatakan kesediaan Malaysia membantu dan memudahkan proses rundingan damai selain turut menggesa usaha gencatan senjata.

HASRON BIN HASSAN