fb fb fb fb fb

PM terima anugerah Doktor Kehormat dari MGIMO Rusia

Datuk Seri Anwar menyampaikan syarahan selepas menerima anugerah Doktor Kehormat daripada Moscow State Institute of International Relations (MGIMO)

MOSCOW, 15 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima anugerah Doktor Kehormat daripada Moscow State Institute of International Relations (MGIMO), sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangan beliau di peringkat antarabangsa.

MGIMO, yang merupakan institusi diplomatik terkemuka di Rusia, menganugerahkan gelaran itu dalam satu majlis rasmi di kampus universiti berkenaan.

Sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi beliau ke Moscow, Perdana Menteri turut menyampaikan syarahan khas bertajuk "Bridging Worlds In a Fractured Age" yang menyentuh isu-isu global semasa serta kepentingan kerjasama pelbagai hala. Syarahan itu disusuli sesi soal jawab selama 20 minit bersama pelajar serta pakar dari MGIMO.

Datuk Seri Anwar kini meneruskan lawatan rasmi ke Kazan bagi menghadiri Kazan Forum 2024, yang berlangsung sehingga 16 Mei.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE