PM temui Pezeshkian, Modi pada Sidang Kemuncak BRICS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto PMO

NEW DELHI, 12 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan dua hala dengan pemimpin negara anggota BRICS pada hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin Ethiopia.
  • Pertemuan perniagaan dua hala memberi ruang memperkukuh hubungan dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama.
  • Sidang Kemuncak BRICS membincangkan tadbir urus global, pembangunan mampan, kerjasama ekonomi, perdagangan, pelaburan, transformasi digital dan cabaran global.

Pertemuan itu termasuk dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Perdana Menteri India Narendra Modi, selain Perdana Menteri Ethiopia pada sebelah petang.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan perniagaan dua hala sebelum meneruskan pertemuan dengan Perdana Menteri Ethiopia.

Siri pertemuan berkenaan memberi ruang kepada Malaysia memperkukuh hubungan dua hala dengan negara terbabit, selain meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang berkepentingan bersama.

Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 merupakan platform tertinggi BRICS yang menghimpunkan Ketua Negara dan Kerajaan negara anggota serta negara rakan BRICS.

Persidangan itu membincangkan pelbagai isu strategik termasuk tadbir urus global, pembangunan mampan, kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan, transformasi digital serta cabaran global yang memberi kesan kepada negara membangun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.