fb fb fb fb fb

PM tegur pembangkang perlekeh bantuan yang disalurkan

Foto RTM

PUTRAJAYA, 24 JULAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak segelintir pihak pembangkang yang memperlekeh mengenai menyalurkan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM100 kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas bersempena sambutan Hari Kebangsaan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan penurunan harga bahan api RON95 yang turun lebih rendah pada kadar 1.99 ringgit seliter.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sentiasa terbuka dalam memberi penjelasan berhubung inisiatif yang diberikan kerajaan termasuk isu 'bantuan dan belanjawan' yang dipersoal oleh pembangkang.

Tambah Tunku Nashrul, kesemua yang diumumkan Perdana Menteri semalam, bukanlah sebahagian daripada belanjawan 2026, sebaliknya ia merupakan inisiatif tambahan sebagai penghargaan kepada rakyat
dengan mengambil kira keupayaan fizikal negara bertujuan menangani beban kos sara hidup.

"Segelintir pembangkang mungkin memperlekeh penurunan harga RON95 dan pemberian bantuan tunai RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa di Malaysia. Namun begitu, penjimatan kos RON95 sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

"Perlu diingat, ini merupakan kali pertama semua rakyat tanpa mengira status sosial, menerima sesuatu secara langsung daripada kerajaan bersempena sambutan bulan Kemerdekaan," katanya semasa taklimat media PMO di Laman Facebook.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN