fb fb fb fb fb

PM selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke AS,UAE

SEPANG, 30 September - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di tanah air setelah menamatkan lawatan kerja ke New York, Amerika Syarikat dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ketibaan Datuk Seri Ismail Sabri di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.30 malam tadi, disambut oleh ratusan penyokong.

Antara yang hadir menyambut Perdana Menteri adalah kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan wakil Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

(Antara penyokong yang menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob di di Kompleks Bunga Raya, KLIA)

Mereka turut membawa plakad 'Ismail Sabri Wira Negara Angkat Bahasa Negara di Pentas Dunia' dan memberi sorakan gemuruh kepada beliau.

Ketika menyampaikan kenyataan negara pada Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama berucap sepenuhnya dalam bahasa kebangsaan.

Selepas New York, Perdana Menteri meneruskan lawatan kerja empat hari ke Abu Dhabi.

Media Baharu