PM santuni masyarakat sekitar Muar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni masyarakat sekitar Muar sempena lawatan kerja beliau ke Johor, hari ini / BERNAMA

MUAR, 15 Jun– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni masyarakat sekitar Muar sempena lawatan kerja beliau ke Johor, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiba di sebuah medan selera, beliau beramah mesra dan bersalam-salaman dengan orang ramai yang hadir.
  • Meninjau beberapa premis perniagaan sebelum menghadiri Program Ceramah Umum Pakatan Harapan.
  • Bersama Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, beliau menyantuni pengunjung dan peniaga sekitar 20 minit dan menerima sambutan mesra.

Beliau yang tiba di sebuah medan selera beramah mesra dan bersalam-salaman dengan orang ramai yang hadir.

Datuk Seri Anwar turut meninjau beberapa premis perniagaan di kawasan berkenaan sebelum menghadiri Program Ceramah Umum Pakatan Harapan.

Perdana Menteri kemudian meneruskan lawatan ke sebuah premis makanan di pusat bandar Muar.

Beliau bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni pengunjung dan peniaga.

Kehadiran beliau mendapat sambutan mesra daripada orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan bergambar bersama Perdana Menteri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.