Perangi rasuah, pastikan rakyat nikmati manfaat pembangunan – PM

Perdana Menteri menghadiri majlis minum petang bersama komuniti nelayan, peladang dan masyarakat setempat di sini. / Foto BERNAMA

MUAR, 15 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pemimpin agar berani dan tegas membanteras rasuah serta penyelewengan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemimpin mesti berani dan tegas membanteras rasuah serta penyelewengan.
  • Rasuah menyebabkan manfaat pembangunan dinikmati hanya oleh kelompok tertentu.
  • Urus tadbir baik diperlukan supaya negara mampu bantu seluruh rakyat.
  • Jika tiada tindakan, kekayaan disapu tiga empat orang, rakyat tidak dapat manfaat.

Tegas beliau, langkah itu penting kerana isu salah laku boleh mengakibatkan manfaat pembangunan hanya dinikmati kelompok tertentu.

“Saya tidak percaya Malaysia ini daif sampai tidak boleh bantu rakyat. Kena urus dengan baik. Sebab itu dalam soal rasuah dan penyelewengan, kita kena tegas.

“Kalau tidak ambil tindakan, kaya bagaimanapun, cuma tiga empat orang sahaja yang sapu, sakau, rakyat tidak dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis minum petang bersama komuniti nelayan, peladang dan masyarakat setempat di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.