PUTRAJAYA, 12 Disember –Jumlah Ahli Jemaah Menteri kini meningkat kepada 60 orang daripada 55 orang sebelum ini. Bagaimanapun jumlah keseluruhan dilihat masih rendah jika dibandingkan 70 orang barisan kabinet ketika pentadbiran terdahulu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Media Khas hari ini mengumumkan pelantikan lima menteri baharu dan lima timbalan menteri baharu dengan dua kementerian dipecahkan iaitu Kementerian Komunikasi dan Digital menjadi Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.
Satu lagi kementerian yang dipecahkan ialah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, menjadi Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
"Setelah kita menyempurnakan tugas sebaik mungkin, setelah satu tahun kita dah buka tirai, sekarang kita dah cuba membawa sedikit penyesuaian, perubahan yang diperlukan."
"Keadaan juga berubah, bukan saja berdasarkan prestasi yang lalu tetapi perubahan-perubahan dari segi pertumbuhan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup yang harus ditangani dengan baik juga penerimaan di peringkat antarabangsa yang meletakkan tugas di Kementerian Luar Negara juga berubah.
Kemudian juga isu-isu pendidikan terutama dalam beberapa usaha kita meneroka bidang-bidang baharu." kata Anwar dalam sidang media khas di Putrajaya.
Antara muka baharu dalam barisan jemaah menteri yang diumumkan Anwar termasuklah Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II), Gobind Singh Deo (Menteri Digital), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan Dan Komoditi) dan Steven Sim Chee Keong (Menteri Sumber Manusia).
Kabinet baharu itu turut menyaksikan lima menteri dan 11 timbalan bertukar portfolio. Seorang Menteri, iaitu V. Sivakumar sebelum ini Menteri Sumber Manusia telah digugurkan. Turut tidak disenarai semula, dua timbalan menteri, iaitu Ramkarpal Singh, sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Datuk Siti Aminah Aching, sebelum ini Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.
Ini merupakan rombakan pertama kabinet Kerajaan Madani selepas mendapat kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15, pada 2022. Berikut adalah senarai penuh kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media tersebut.
Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan PM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan PM II: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Baharu)
Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang
Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Timbalan Menteri Pengangkutan: Hasbi Habibollah
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Aiman Athirah Sabu
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Ahmad Maslan
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Liew Chin Tong
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Mohammad Yusof Apdal
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Inovasi: Datuk Seri Noraini Ahmad (Baharu)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: M. Kulasegaran (Baharu)
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad (Pecahan dari NRECC)
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Huang Tiong Sii (Pecahan dari NRECC)
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk R Ramakrishnan (Baharu)
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud
Menteri Pelancoongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan
Menteri Komunikasi: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Pecahan dari KKD)
Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri Pendidikan: Wong Kah Wong (Baharu)
Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Ago Anak Dagang
Timbalan Menteri Perpaduan: K Saraswathy
Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama) : Datuk Seri Mohd Naím Mokhtar
Timbalan Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (Baharu)
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abd Halim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) : Dr Zaliha Mustafa
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh
Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Baharu)
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Chan Foong Hin
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Baharu)
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Lukannisman Awang Sauni
Menteri Digital: Gobind Singh Deo (Pecahan dari KKD)
Timbalan Menteri Digital: Datuk Ugak Anak Kumbong
Menteri Sumber Manusia: Steven Sim Chee Keong (Baharu)
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad