PM rayu Tunisia pertimbang pembebasan Sheikh Rached Ghannouchi atas dasar kemanusiaan

Perdana Menteri bersama Sheikh Rached Ghannouchi/Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengutus surat kepada Presiden Republik Tunisia, Kais Saied bagi merayu agar mempertimbangkan pembebasan tokoh politik negara berkenaan, Sheikh Rached Ghannouchi atas faktor kemanusiaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menyatakan kebimbangan mendalam terhadap keadaan kesihatan Ghannouchi, 84, yang masih ditahan di Tunisia.
  • Beliau menggambarkan Ghannouchi sebagai sahabat dan menekankan pertimbangan ihsan serta belas kasihan berasaskan usia dan kesihatan.
  • Rayuan dibuat dengan penuh hormat terhadap kedaulatan Tunisia serta proses perundangan, menyeru nilai ihsan dan maruah insan.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, ia dibuat susulan kebimbangan mendalam terhadap keadaan kesihatan Ghannouchi, 84, yang beliau sifatkan sebagai sahabat dan masih berada dalam tahanan di Tunisia.

“Saya telah mengutuskan sepucuk surat kepada Presiden Republik Tunisia, Kais Saied bagi memohon pertimbangan sewajarnya terhadap keadaan kesihatan dan faktor usia beliau, termasuk mempertimbangkan pembebasannya atas dasar ihsan dan belas kasihan.

“Rayuan ini dibuat semata-mata atas pertimbangan kemanusiaan, dengan penuh hormat terhadap kedaulatan Republik Tunisia serta proses perundangan negara tersebut. Saya percaya nilai ihsan, belas kasihan dan maruah insan akan sentiasa menjadi pedoman dalam mendepani pekara ini,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.