(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 21 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM200 juta bagi membaik pulih kediaman warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.
Panglima ATM, Jeneral Tan Seri Affendi Buang berkata dana tambahan itu merupakan keperihatinan kerajaan terhadap kebajikan warga ATM, bukan sahaja kesejahteraan anggota malah kualiti hidup keluarga mereka sentiasa terpelihara.
Affendi menyambut baik keputusan kerajaan meluluskan dana tambahan berbanding peruntukan yang diumumkan melalui Belanjawan 2023.
"Peruntukan ini memastikan kerja pembaikan dan penyelenggaraan keseluruhan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dapat dilaksanakan dengan sempurna.
"Peruntukan tersebut juga dapat menambah baik tahap keselesaan anggota tentera dan keluarga yang mendiami RKAT seterusnya menyumbang kepada peningkatan moral warga ATM," katanya menerusi kenyataan.

(Foto BERNAMA)