
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik di Asia Barat, akan dipantau secara serius.
- Perdana Menteri akan memantau proses selepas pengesahan daripada Majlis Keselamatan Negara hari ini.
- Nyawa setiap rakyat Malaysia diutamakan dalam apa jua situasi, terutama keadaan kritikal yang tidak menentu.
- Mengambil keberkatan Ramadan, Perdana Menteri mendoakan agar operasi evakuasi dipermudah dan berjalan lancar.
- Maklumat dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Tunku Nashrul Abaidah dalam taklimat media Pejabat Perdana Menteri melalui Facebook.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan memantau proses berkenaan, setelah pengesahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini.
“Perdana Menteri turut menekankan nyawa setiap rakyat Malaysia, diutamakan dalam apa juga situasi terutamanya keadaan kritikal yang tidak menentu.
“Mengambil keberkatan Ramadan, Datuk Seri Anwar mendoakan agar keseluruhan operasi evakuasi zon konflik di Asia Barat dipermudah, berjalan lancar dan semua rakyat Malaysia yang terjejas dapat dibawa pulang dengan selamat,” katanya dalam taklimat media Pejabat Perdana Menteri, menerusi Facebook.