fb fb fb fb fb

PM New Zealand mulakan lawatan rasmi hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut ketibaan rakan sejawatannya dari New Zealand, Christopher Luxon di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya / Foto RTM

PUTRAJAYA, 2 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut ketibaan rakan sejawatannya dari New Zealand, Christopher Luxon, dalam satu Majlis Sambutan Rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini.

Luxon, yang tiba bersama delegasinya pada pukul 10.00 pagi, turut disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Sebaik tiba, Christopher Luxon memeriksa barisan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Perdana Menteri New Zealand itu memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia sebaik tiba di KLIA, pada Ahad.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN