fb fb fb fb fb

PM meriahkan jamuan Hari Raya di Batang Kali

Perdana Menteri beramah mesra dengan penduduk setempat semasa jamuan Hari Raya di perkarangan Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 12 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan jamuan Hari Raya di perkarangan Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor.

Menerusi hantaran di facebook, Datuk Seri Anwar berkata kesempatan tersebut digunakan untuk menjalin ukhuwah bersama rakyat dan bersalaman, beramah mesra serta bertanya khabar dengan warga Batang Kali.

"Terima kasih atas sambutan yang begitu meriah dan hidangan juadah seperti ayam, sate, lemang dan rendang yang menyelerakan.

"Usai makan tengah hari, saya langsung menunaikan solat Jumaat", katanya.

Beliau juga berharap agar umat Islam mengambil iktibar daripada khutbah hari ini yang menasihatkan untuk meraikan Syawal dengan istiqamah dalam beramal dan tidak kembali kepada sikap lama yang ditinggalkan pada Ramadan.

ROSLINA BINTI DIN