PM menghadap Agong, sembah maklum perkembangan negara

Foto: RPO

KUALA LUMPUR, 17 Januari – Kerajaan MADANI tekad akan terus memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri memaklumkan perkembangan hal ehwal negara kepada Yang di-Pertuan Agong.
  • Perbincangan melibatkan urusan pentadbiran kerajaan dan langkah memastikan kebajikan rakyat.
  • Penekanan ikhtiar berterusan untuk memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
  • Harapan agar Malaysia dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan berpanjangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau turut memaklumkan perkembangan semasa mengenai hal ehwal semasa negara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sambil menyembah maklum perkembangan hal ehwal semasa negara.

“Dalam pertemuan tersebut, saya turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya.

Datuk Seri Anwar menyatakan demikian menerusi kenyataan di Facebook miliknya yang turut disertakan gambar bersama Sultan Ibrahim.

Menerusi catatan tersebut, Perdana Menteri berharap Malaysia terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan.