fb fb fb fb fb

PM hulur bantuan kepada pelajar UniMAP terlibat insiden kebakaran

Foto facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menghulurkan bantuan kepada pelajar yang terlibat dalam insiden kebakaran di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Sabtu lalu.

Menerusi hantaran di facebook, beliau memaklumkan bantuan tersebut disampaikan Setiausaha Politik, Kamil Abdul Munim, semalam.

"Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi akan memberi bantuan sewajarnya. Insya-Allah", katanya.

Pada 11 Mei lalu, sebanyak 26 motosikal musnah, manakala 10 yang lain mengalami kerosakan kecil dalam satu kebakaran di kawasan parkir asrama lelaki UniMAP, Pauh Putra.

Perdana Menteri kini dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Bishkek, Republik Kyrgyz selepas menghadiri Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha.

ROSLINA BINTI DIN