fb fb fb fb fb

PM hargai khidmat Datuk Hermono yang akan tamat tugas di Malaysia

Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 28 November -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan atas khidmat besar Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau dan kembali ke Jakarta dalam masa terdekat.

"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat besar beliau serta komitmen berterusan Kerajaan Indonesia dalam memantapkan hubungan dua hala, termasuk usaha menangani isu-isu utama seperti pekerja migran dan sempadan," katanya menerusi hantaran Facebook ketika menerima kunjungan Datuk Hermono, di sini.

Datuk Seri Anwar juga menyatakan, Malaysia akan terus komited memperkukuh kerjasama erat dengan Indonesia demi manfaat dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara

TETITIA YUSOFF