PM hadiri mesyuarat pembangunan daerah Kulim, Kedah

Foto BERNAMA

KULIM, 7 Mac -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan kerjanya ke Kulim, Kedah dengan menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Kulim di pejabat Majlis Perbandaran
Kulim Kedah (MPKK).

RINGKASAN BERITA AI
  • Mendengar taklimat projek pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di Daerah Kulim.
  • Taklimat disampaikan oleh Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Rizal Mohamad Radzi.
  • Melakukan tinjauan dan beramah mesra di Bazar Ramadan Taman Selasih serta menghadiri majlis berbuka bersama badan beruniform.

Sempena mesyuarat tersebut, Datuk Seri Anwar mendengar taklimat berkaitan projek-projek pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di Daerah Kulim.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Rizal Mohamad Radzi.

Usai di MPKK, Perdana Menteri kemudian melakukan tinjauan dan beramah mesra bersama pengunjung di Bazar Ramadan Taman Selasih, di sini.

Mengakhiri lawatan ke Kedah, Datuk Seri Anwar menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama badan beruniform di Kem Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim.

Program turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.