PM hadiri Mesyuarat MKI ke-74, tekankan amanah kepimpinan dan muafakat persekutuan-negeri

Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim/ PMO

KUALA LUMPUR, 13 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penekanan amanah kepimpinan dan pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam seperti titah Sultan Nazrin.
  • Panduan penting untuk menghadapi cabaran semasa dan membina nilai, ilmu serta nurani umat Islam.
  • Semangat muafakat kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam merangka keputusan strategik untuk umat Islam.
  • Kerajaan MADANI komited memperkukuh urusan hal ehwal Islam berpaksikan Perlembagaan, nilai dan aspirasi negara.

Menurut Perdana Menteri, titah dan nasihat Sultan Nazrin yang menekankan soal amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam disifatkan sebagai amat bermakna dan wajar dihayati bersama oleh semua pihak.

Beliau berkata, panduan tersebut penting dalam mendepani cabaran semasa, selain membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini.

“Mesyuarat ini turut mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan yang kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Datuk Seri Anwar berkata, kerjasama erat itu adalah selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk di Malaysia, khususnya dalam memastikan pengurusan hal ehwal Islam dilaksanakan secara berkesan, berhemah dan inklusif.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, Kerajaan MADANI akan terus membulatkan tekad untuk memperkukuh urusan hal ehwal Islam melalui semangat musyawarah antara negeri, berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia MADANI.

Usaha berterusan itu, katanya, adalah demi menjamin kesejahteraan umat Islam serta memelihara keharmonian negara secara berpanjangan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan