fb fb fb fb fb

PM cadang Dana Kewangan Asia (AMF) dikaji semula

THAILAND, 10 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Dana Kewangan Asia (AMF) disemak semula dengan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Ini termasuk mempertimbangkan penglibatan beberapa negara iaitu China, Jepun dan Korea Selatan.

Tindakan itu bagi memperkukuh penampan dalam mendepani krisis ekonomi.

Sebelum ini, cadangan AMF oleh Jepun untuk memerangi Krisis Kewangan Asia 1997 tidak pernah diwujudkan berikutan tentangan dari Amerika Syarikat, dan keengganan China untuk menyokongnya.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Kita tidak boleh mempunyai infrastruktur antarabangsa (serantau) yang diputuskan oleh pihak luar. Kita boleh bekerjasama dengan mereka tetapi kita harus mempunyai kekuatan domestik, serantau dan Asia sendiri, tidak semestinya untuk bersaing tetapi mempunyai zon penampan dalam menentang krisis ekonomi," katanya di sini.

Tambah beliau, ketika itu, negara-negara ASEAN cenderung bersaing antara satu sama lain dan bukannya bekerjasama untuk meraih faedah ekonomi bersama.

Namun pada ketika ini, beliau berharap setiap negara menumpukan kepada kepakaran masing-masing dan saling membantu dalam bagi kepentingan bersama.

"Dahulu kita bersaing sesama sendiri. Thailand, Malaysia dan Indonesia masing-masing menghasilkan kereta. Kita tidak terfikir untuk mengeluarkan lori, bas atau kenderaan lain. Ini kerana kita terlalu terlalu pentingkan diri dan mengamalkan sifat proteksionisme. Jadi, melangkah ke hadapan, kita perlu meneroka bidang baharu yang akan memberi manfaat kepada semua," katanya lagi.

Media Baharu