fb fb fb fb fb

Kerajaan teliti pemberian insentif pengusaha makanan jual Menu Rahmah

(FOTO BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 10 Februari - Kerajaan sedang meneliti pemberian insentif kepada pengusaha makanan dan restoran yang menyediakan Menu Rahmah kepada pelanggan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata langkah itu bagi menarik lebih ramai peniaga makanan menjayakan program tersebut.

(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh)

“Setakat ini kita belum umumkan sebarang insentif tetapi ia sedang dibincangkan. Mungkin insentif yang diberi melihat keperluan perniagaan itu.

"Sebagai contoh, restoran mamak mungkin kita boleh bantu dapatkan tambahan kuota jumlah pekerja dan lain-lain," katanya selepas meninjau pelaksanaan Menu Rahmah di Mydin, Taman Rinting, Pasir Gudang, di sini.

Tambah Fuziah, setakat ini pihaknya tidak menetapkan sebarang sasaran jumlah premis perniagaan yang menjual Menu Rahmah kerana usaha itu dilakukan secara sukarela.

“Penglibatan dalam program Menu Rahmah ini bukan diwajibkan, maksudnya peniaga melibatkan diri secara sukarela. Oleh itu kementerian tidak meletakkan syarat melainkan menu itu termasuk nasi, lauk ayam atau ikan, sayur dan air," katanya.

Media Baharu