PM bentang RPN 2026–2035 esok

FOTO RTM

SERDANG, 19 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri akan membentangkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 esok di Parlimen.
  • RPN dilancarkan sebagai iltizam Kerajaan MADANI untuk meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan negara.
  • Majlis pelancaran dijadualkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
  • Kerajaan menekankan dasar jelas, pemberantasan salah guna kuasa dan rasuah, serta hala tuju ekonomi yang mampan.

Beliau berkata pelan pendidikan baharu itu sebagai iltizam Kerajaan MADANI untuk meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan Malaysia secara menyeluruh.

“Esok di Parlimen, saya akan jelaskan sedikit isu ekonomi dan selepas itu melancarkan pelan pendidikan bagi negara kita supaya mutu pendidikan dapat ditingkatkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di sini hari ini.

Majlis pelancaran pelan pendidikan baharu tersebut dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sementara itu, beliau menegaskan dasar yang jelas perlu diterapkan dalam pembangunan negara.

Selain, amalan salah guna kuasa dan rasuah mesti dibanteras sepenuhnya.

“Dasar mesti jelas, termasuk hala tuju ekonomi negara. Ekonomi yang maju bukan sahaja mengangkat martabat negara, malah membolehkan hasil pelaburan bernilai ratusan bilion dipulangkan kembali kepada rakyat,” katanya lagi.