
KUALA LUMPUR, 14 Januari -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan segera dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden letupan gas penyaman udara di HELP University.
- Perdana Menteri arah siasatan segera dan menyeluruh terhadap insiden letupan gas penyaman udara di HELP University.
- Tujuan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dan memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
- PM mendoakan kesembuhan mangsa yang dirawat dan menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal.
Beliau menegaskan siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca kejadian serta memastikan aspek keselamatan semua pihak terjamin.
“Siasatan segera dan menyeluruh perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dalam memastikan aspek keselamatan semua pihak terjamin,” katanya dalam satu hantaran di laman X.
Dalam kenyataan sama, Perdana Menteri turut mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat Reeya Kaur Thandal yang masih menjalani rawatan akibat insiden berkenaan.
Beliau juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan atas pemergian anak tersayang, selain mendoakan ketabahan buat semua yang terkesan dengan tragedi itu.