fb fb fb fb fb

PM arah KKM beri rawatan kesihatan terbaik kepada Najib

(Twitter Ismail Sabri)

KUALA LUMPUR, 12 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi rawatan kesihatan terbaik kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia berikutan keadaan kesihatan yang dialaminya.

Ismail Sabri menyatakan perkara itu menerusi status di Twitter rasminya.

"Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan terbaik yang diperlukan beliau. Saya doakan semoga beliau diberikan kesembuhan," katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan memaklumkan Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Jumaat lepas, sebagai kes elektif dan bukan kecemasan untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan optimum.

(Ismail Sabri/Foto fail Bernama)

Media Baharu