fb fb fb fb fb

Negara perlu 2,000 beg darah sehari

KUALA LUMPUR, 12 September- Negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah sehari bagi memastikan tabung darah mencukupi untuk kegunaan pesakit.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata stok bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) perlu ditambah agar lebih ramai nyawa dapat diselamatkan.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) amat menggalakkan penganjuran program derma darah oleh mana-mana pihak untuk dimanfaatkan mereka yang memerlukan.

"Program derma darah ini adalah program yang sangat penting sebenarnya kerana Bank Darah Negara ini memang sentiasa kekurangan.

"Sebab ramai orang yang kemalangan umpamanya, pembedahan dan banyak penyakit kanser dan lain-lain memerlukan darah," katanya.

(Datuk Dr Noor Azmi Ghazali)

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Derma Darah Seluruh Negara dan Kesedaran Kesihatan dan Kempen Kesedaran Kesihatan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) 2022 di Medan MARA, di sini hari ini.

Tambah Noor Azmi, menderma darah adalah baik untuk menjaga kesihatan jantung selain mengawal tekanan darah supaya berada dalam keadaan normal.

Media Baharu