fb fb fb fb fb

PM Anwar luang masa bertemu umat Islam di Berlin

Ketibaan Perdana Menteri di Masjid Sehitlik, disambut Duta Besar Turkiye ke Jerman Ahmet Başar Şen.

BERLIN, 13 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan untuk bertemu umat Islam di Berlin, Jerman.

Beliau menyertai jemaah di Masjid Sehitlik menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

Ketibaan Perdana Menteri di masjid tersebut, disambut Duta Besar Turkiye ke Jerman Ahmet Başar Şen.

Beliau kemudian meluangkan masa beramah mesra dan berbincang beberapa isu dengan komuniti Islam .

Antara isu dibincangkan, pembangunan umat Islam di Jerman dan situasi warga Palestin di Gaza.

Beliau turut menyumbangkan 12 naskhah al-Quran kepada pengurusan masjid.

10 naskhah dengan terjemahan Bahasa Inggeris, sebuah naskhah adalah cetakan khas, manakala sebuah lagi terjemahan Bahasa Jerman.

Terdapat kira-kira 5.5 juta umat Islam menetap di Jerman, yang mewakili 6.6 peratus populasi dan merupakan kumpulan agama kedua terbesar di negara itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE