
PUTRAJAYA, 16 April- Malaysia dan Australia memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga menerusi pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese hari ini.
- Malaysia dan Australia memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga.
- Menandatangani kenyataan bersama mengenai keselamatan tenaga sebagai komitmen bersama.
- Tekankan usaha memastikan bekalan tenaga stabil dan berdaya tahan.
- Pengiktirafan saling bergantung pada sumber tenaga termasuk bahan api dan LNG; perjanjian sedia ada disahkan semula.
Datuk Seri Anwar berkata kedua-dua negara turut menandatangani satu kenyataan bersama mengenai keselamatan tenaga yang mencerminkan komitmen untuk memastikan bekalan tenaga yang stabil dan berdaya tahan.
“Malaysia dan Australia mempunyai hubungan saling bergantung yang kukuh dalam sumber tenaga, termasuk bahan api dan gas asli cecair (LNG).
“Kita mempunyai perjanjian sedia ada dan hari ini kita menegaskan semula komitmen terhadap perjanjian tersebut serta menandatangani kenyataan bersama mengenai keselamatan tenaga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Bangunan Perdana Putra, di sini.