KUALA LUMPUR, 30 Januari- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), platform terbaik untuk membina keyakinan dan disiplin pelatih terlibat.
Ia dilaksana menerusi modul yang mengintegrasi latihan asas ketenteraan dan komponen kenegaraan.
Alumni PLKN mengakui manfaatnya sangat besar, terutama ketika melangkah ke dunia pekerjaan.
"Bila kita menyertai PLKN ini, kita dapat meningkatkan kemahiran diri dan disiplin diri, terutamanya dalam pengurusan masa.
"Malah, ia juga meningkatkan kecergasan jasmani kita. Apabila tubuh badan kita sihat, Insya-Allah, kita akan dapat melahirkan mental yang sihat, agar dapat berfikir secara rasional.
"Daripada pengalaman itu, saya menyertai latihan asas perajurit muda untuk menjadi seorang anggota tentera," kata Juruteknik ICT Tentera Darat Malaysia, Koperal Muhammad Hafiz Ibrahim.
"Bila berada di alam pekerjaan, mereka (peserta) mempunyai tanggungjawab untuk memberi kualiti kerja yang lebih baik dan tidak akan mensia-siakan pekerjaan yang telah mereka miliki.
"Selain itu, mereka juga dapat bergaul dengan lebih mesra dengan pelbagai bangsa tanpa mengira warna kulit," kata Pensyarah, Dr. Nur Fariza Izan.
"Sebab ia (PLKN) membantu disiplin saya, sahsiah saya, dan akhlak saya sebagai seorang manusia. Akhirnya, saya berada di sini sebagai seorang guru dan jurulatih gimnastik Johor. Terima kasih PLKN," kata Guru, Muhammad Amzar Sabri Azhar.
Siri pertama PLKN 3.0 selama 45 hari, bermula 12 Januari lalu hingga 25 Februari lalu.