fb fb fb fb fb

Bilangan CCTV Seberang Perai bakal ditambah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow / Foto RTM

BAYAN LEPAS, 30 Januari-Bilangan kamera litar tertutup, CCTV di Seberang Perai, Pulau Pinang akan ditambah.

Penambahan tersebut adalah untuk memastikan negeri itu terus menjadi bandar paling selamat dalam negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata setakat ini hanya terdapat lebih 200 CCTV di kawasan terbabit, berbanding 1,000 di bahagian Pulau.

"Memang ada usaha untuk menambahkan bilangan CCTV di seluruh Seberang Perai, namun kita akur kemampuan kita adalah terhad.

"Kita cuma boleh menambah sehingga mungkin 1000 CCTV di Seberang Perai dan di Pulau pula sudah melebihi 1000 CCTV sudah dipasang. Sekarang mungkin 200 lebih.

"Ada rancangan untuk tambah sehingga 1000 dalam satu atau dua tahun ini", katanya demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri bertempat di SPICE Arena di sini.

Terdahulu media melaporkan Pulau Pinang mencatatkan kedudukan teratas sebagai bandar paling selamat di Malaysia berdasarkan Indeks Jenayah 2025 oleh Numbei dengan skor indeks jenayah 30.3 dan indeks keselamatan 69.7.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD