fb fb fb fb fb

Pindaan Perlembagaan berhubung kerakyatan anak lahir di luar negara dibentang bulan ini - PM

Anwar Ibrahim

BERLIN, 13 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri jaminan isu berkaitan hak kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh kerajaan.

Jelas beliau, Kabinet telah bersetuju untuk membawa usul mengenai pindaan terhadap Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang lahir di luar negara ke Parlimen, bulan ini.

"Sila ikuti perkembangan di tanah air, soalan anda telah diambil alih oleh peristiwa semasa.

"Kabinet telah bersetuju untuk membawa perkara ini ke Parlimen bulan ini.

"Kita tahu pada masa ini, ibu bapa ditakrifkan sebagai bapa. Kami akan memindanya supaya ibu bapa bermaksud bapa dan ibu," katanya.

Terdahulu, Anwar berucap dalam majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Jerman.

SITI AISHAH MD ISA