CYBERJAYA, 25 Februari - Aspek ekonomi dan pendidikan golongan wanita bakal diperkasa oleh Penggerak Wanita RISDA (PEWARIS).
Program yang diperkenal Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) itu akan mengubah landskap pemikiran wanita untuk lebih berdaya saing.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata PEWARIS merupakan kesinambungan kepada jawatan pegawai seranta RISDA yang dijenamakan semula.
"Pewaris harus menjadi satu kumpulan baharu yang boleh membawa gelombang besar untuk membawa perubahan baharu supaya kita dapat imbuhan dan dukungan yang lebih besar lebih banyak yang menyebabkan kita jadi lebih dominan," katanya ketika berucap melancarkan PEWARIS di Cyberview Resort & Spa, di sini.
Hari ini, RISDA melantik 194 PEWARIS membabitkan seorang ketua, 12 penyelaras peringkat negeri dan 181 ahli di seluruh negara.