fb fb fb fb fb

PETRONAS umum penemuan minyak di Surinam

PETRONAS

KUALA LUMPUR, 3 November- Anak syarikat PETRONAS iaitu Petronas Suriname E&P BV mengumumkan penemuan minyak di telaga cari gali Roystonea-1 di Blok 52, Surinam.

Syarikat minyak dan gas negara itu dalam satu kenyataan berkata, telaga yang terletak kira-kira 185 kilometer di luar pesisir dan pada kedalaman 904 meter tersebut telah digerudi sehingga kedalaman keseluruhan 5,315 meter.

Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak.

Penemuan minyak itu adalah satu perkembangan positif dalam merealisiasikan strategi berbeza bagi usaha sama huluan-huluan antarabangsa menerusi tumpuan terhadap penemuan penting dengan bahan cemar yang minimum.

Petronas Suriname E&P adalah pengendali Blok 52 dengan kepentingan penyertaan sebanyak 50 peratus.

SITI AISHAH BINTI MD ISA