fb fb fb fb fb

Pesawat hilang 48 jam di Bolivia ditemui, semua mangsa selamat

Pasukan penyemat Bolivia melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa di wilayah tengah Bolivia, Beni / Foto REUTERS

BENI, 3 Mei-Sebuah pesawat kecil yang dilaporkan hilang selama 48 jam selamat ditemui di wilayah Amazonas, Bolivia pada Jumaat.

Kesemua mangsa dilaporkan selamat, menurut pihak berkuasa tempatan.

Pasukan penyelamat berjaya mengesan pesawat tersebut di kawasan tengah Bolivia, di wilayah Beni.

Mangsa termasuk juruterbang, tiga orang dewasa dan seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan perubatan.

Menurut media tempatan, juruterbang memaklumkan kegagalan enjin menyebabkan pesawat mendarat cemas berhampiran Sungai Itanomas.

Dan mereka terpaksa bertahan dalam keadaan sukar tanpa makanan atau air sehingga ditemui oleh nelayan.

Pesawat berkenaan dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Baures ke Trinidad.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD