fb fb fb fb fb

Peruntukan RM37 juta pelaksanaan Program Blackspot

Foto FB Kementerian Kerja Raya Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Julai - Sebanyak RM37 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Blackspot di Semenanjung Malaysia.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia merupakan inisiatif strategik kementerian yang bertujuan mengurangkan kadar kemalangan di lokasi berisiko tinggi, termasuk penurapan semula jalan dan perabot jalan serta pemasangan lampu jalan dan isyarat.

"Selalu berlaku kemalangan di tempat yang dikatakan 'Blackspot', dalam rekod yang melibatkan kemalangan parah dan kemalangan maut. Meskipun peruntukan tidak berapa besar, kita dapat menyelesaikan masalah itu supaya kawasan itu tidak lagi berbahaya," ujarnya pada sidang media selepas menyempurkan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program Blackspot di ibu negara.

Terdahulu beliau menjelaskan dalam ucapannya, kementerian akan menambah skop baharu dalam kontrak syarikat konsesi penyelenggaraan yang dilaksana dengan memasukkan penglibatan juruaudit bebas bermula tahun depan.

Perkara itu menjadi bukti komited kementerian memastikan peralihan kepada sistem baharu yang lebih telus dan berkesan.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN