KUALA LUMPUR, 22 Mac- Pertandingan DIY Made Simple 2024 anjuran Universiti Malaya (UM) dan peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, kini dibuka untuk pendaftaran.
Menurut kenyataan dikeluarkan UM, edisi kali ini mengangkat tema 'Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition', menyasarkan penghasilan produk baharu pelbagai fungsi yang mempunyai nilai tambah.
Selain itu, memupuk budaya kreatif dan inovasi melalui kajian dan reka cipta secara Do-It-Yourself (DIY) dalam kalangan murid sekolah, disamping memperkukuhkan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah.
"Selain membantu menangani masalah pencemaran alam sekitar, penekanan penggunaan semula bahan buangan melalui pertandingan ini juga secara tidak langsung memperkukuh inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kadar kitar semula menjelang tahun 2025."
"Melalui pertandingan ini, murid-murid akan dibimbing oleh para pensyarah daripada Fakulti Alam Bina, UM selaku mentor bagi pembangunan produk yang dicadangkan," kata kenyataan itu.
Penganjuran yang memasuki edisi ke-8 itu, turut menyasarkan lebih banyak penyertaan dan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM16,000 untuk dimenangi para peserta.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi En Muhammad Asyraf Mansor@Noordin di talian +6012-3444671 atau e-mel,