fb fb fb fb fb

Permohonan UPUOnline bermula hari ini hingga 31 Mac

PUTRAJAYA, 4 Februari- Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Institusi Latihan Kemahiran Awam dibuka hari ini sehingga 31 Mac depan.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, permohonan boleh dibuat terus di laman web upu.mohe.gov.my.

Beliau dalam satu kenyataan turut memaklumkan, permohonan dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.

KPT bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.

Ia diharap dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

Media Baharu