fb fb fb fb fb

Operasi Bersepadu Tahun Baharu Cina, 36 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan

PADANG BESAR, 4 Februari- 36 notis pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Tahun Baharu Cina.

Ia termasuk enam notis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 25 notis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, tiga notis melibatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta dua notis oleh Jabatan Alam Sekitar.

Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, operasi dikendalikan Stesen Kawalan Sempadan JPJ Padang Besar melibatkan keseluruhan 28 pegawai pelbagai agensi.

Tumpuan operasi bagi mencapai sasaran pengurangan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022.

Operasi sama akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna mematuhi segala peraturan jalan raya dan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan terutama di musim perayaan.

Media Baharu