fb fb fb fb fb

Permohonan pewartaan perkampungan orang asli akan dipermudah -PM

(Ismail Sabri merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli
Semenanjung Malaysia (POASM)

BERA, 10 Jun-Sebanyak 216 tanah sudah diwartakan setakat ini, 427 lagi dalam permohonan dan 117 lagi belum mengemukakan permohonan membabitkan pewartaan perkampungan orang asli.

Perdana Menteri berkata, permohonan pewartaan bakal dipermudah dan isu itu akan dibawa dalam mesyuarat bersama Menteri-Menteri Besar akan datang memandangkan bidang kuasa tanah tertakluk kepada kerajaan negeri.

"Jabatan Kebajikan orang asli juga akan diminta turun padang bertemu pemimpin perkampungan yang masih belum membuat permohonan.

"Kita mahu selesaikan masalah pewartaan ini untuk mengelakkan berlaku pertindihan tanah dan jika ada cadangan untuk memajukan tanah tersebut. Fokus kerajaan juga untuk membangunkan infrastruktur di kawasan kampung yang telah diwartakan. 

(Ismail Sabri menyantuni masayarakat orang asli yang hadir pada
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM)
di Dewan Padang Luas Majlis Daerah Bera pada Jumaat)

"Kita juga harap Tok Batin dapat menasihatkan masyarakat mereka untuk tidak mudah berpindah atau membuka kampung serpihan yang tidak ada permohonan (pewartaan) yang menyukarkan kita memberi bantuan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM)  di sini.

Pada program itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM200,000 kepada POASM bagi membantu mereka melaksanakan aktiviti persatuan.

Media Baharu