fb fb fb fb fb

Perkhidmatan Pusat Mediasi COVID-19 tamat Ahad ini

(Tangkap layar laman sesawang Perkhidmatan Pusat Mediasi COVID-19, (PMC-19))

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Perkhidmatan Pusat Mediasi COVID-19, (PMC-19) yang ditubuhkan pada 11 November 2020, secara rasminya bakal ditamatkan Ahad ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sehubungan itu, pautan bagi permohonan mediasi di laman sesawang www.pmc.19.gov.my akan ditutup pada 11.59 malam, esok.

PMC-19 berperanan membantu orang awam menyelesaikan pertikaian yang berbangkit daripada ketidakupayaan untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan wabak COVID-19.

Sepanjang penubuhannya, 290 kes dirujuk ke pusat itu dan daripada angka itu, 79 kes diselesaikan dengan nilai pertikaian terkumpul berjumlah 3.8 juta ringgit.

Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan PMC-19, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri yang telah berkhidmat sepanjang penubuhan PMC-19 serta pengantara di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang menjayakan inisiatif itu.

(Foto hiasan)

Media Baharu