fb fb fb fb fb

Perkhidmatan mesra OKU, UiTM terima Anugerah PWDs

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Ts Mustapha Sakmud menyampaikan anugerah

KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencatat sejarah apabila Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD) dinobatkan sebagai penerima anugerah "Outstanding Services and Support in Higher Education for Persons with Disabilities (PWDs)" di Malaysia dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Ts Mustapha Sakmud di Malaysia Education & TVET Awards (META) 2024 

Anugerah berkenaan diberikan kepada UiTM sebagai mengiktiraf usaha gigih dan komitmen universiti berkenaan dalam menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang cemerlang kepada para pelajar OKU, staf OKU dan staf dengan tanggungan OKU.

Penghargaan berkenaan semakin istimewa kerana ia turut bertepatan dengan ulang tahun kelima penubuhan Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM, yang dahulunya dikenali sebagai Unit Perkhidmatan OKU UiTM.

Anugerah META 2024 diadakan sebagai mengiktiraf institusi pendidikan dan latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara, khususnya yang mempamerkan kepimpinan dan pencapaian cemerlang dalam industri.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD