fb fb fb fb fb

Perkasa pelancongan domestik, tingkat aliran ringgit

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Industri pelancongan domestik perlu terus diperkasa bagi memperkukuh kemampanan ekonomi, sekali gus meningkatan aliran ringgit.

Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berpandangan usaha itu mampu direalisasi menerusi kerjasama bersepadu antara kerajaan dan swasta.

Ini termasuk mempromosi pakej pelancongan domestik yang lebih inklusif untuk mendorong pelancong tempatan dan asing berbelanja dalam negara.

"Harusnya kita fikir bagaimana nak promosikan negara kita, kita sasarkan negara tertentu dan galakan kepada produk baru.

"Kita juga berharap kementerian memberi dana promosi kerana ia penting, dan harus diberi terus kepada pemain industri dan galakan insentif siapa yang menarik pelancong ke negara kita, seperti beri insentif percukaian dan galakan penerbangan terus dari negara mereka datang ke Malaysia," katanya.

(Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis)

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program terbitan RTM di Angkasapuri.

Tambahnya, kemudahan visa kepada pelancong juga amat penting untuk memastikan sektor pelancongan Malaysia kekal kompetitif.

Media Baharu