fb fb fb fb fb

Perkasa kemahiran keusahawanan, elak budaya 'Ali Baba'

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

PUTRAJAYA, 29 Februari- Golongan bumiputera perlu menguasai kemahiran keusahawanan bagi mengelakkan daripada terus terjerat dalam budaya "Ali Baba".

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu disebabkan ada segelintir golongan bumiputera mengambil langkah mudah dengan hanya mendaftar perniagaan kemudian perniagaan itu dikongsikan kepada golongan bukan bumiputera.

Tindakan itu memberi kesan kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bumiputera dalam sektor ekonomi negara.

"Jadi perniagaan yang mereka nak buat ini bukan datang dari dasar kemahiran keusahawanan dan bukan datang dari kebolehan berniaga. Bukan semua berjaya, hanya segelintir.

"Mereka balik kepada kerajaan dan terlibat dalam banyak perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan. Apabila ingin berniaga tetapi tidak bersedia jadi munculnya konsep Ali Baba," katanya dalam sesi Diskusi MADANI: Aspirasi Perpaduan Memperkukuhkan Agenda Bumiputera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI